Skuad bola sepak negara dilaporkan menerima jemputan untuk menyertai Kejohanan Piala Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) dari 26 Ogos hingga 9 September depan.
Menurut wartawan sukan Asia Tengah, Thomas Bullock, penyertaan Harimau Malaya itu melengkapkan lapan pasukan bertanding, iaitu Oman, Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan, Afghanistan dan pasukan kedua terbaik Asia di ranking ke-18 dunia, Iran.
Selain Iran, Uzbekistan juga berada di ranking ketujuh terbaik Asia dan ke-58 terbaik dunia.
Kyrgyzstan, dalam pada itu, berada di ranking ke-103 dunia (ke-17 Asia) manakala Tajikistan pula berada di rankin ke-105 dunia (Ke-18 Asia).
Tukmenistan dan Afghanistan, masing masing berada di ranking ke-144 dunia (ke-26 Asia) dan ke-151 dunia (ke-28 Asia).
Satu lagi pasukan jemputan, Oman, kini berada di ranking ke-77 dunia.
Penyertaan dalam kejohanan itu pasti akan membantu melonjakkan kedudukan ranking skuad negara, yang dijangka menduduki tangga ke-126 dunia menjelang kemas kini terbaru bulan depan.