Tindakan itu selepas memutuskan Kongres KAFA kali ke-65 dan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA bagi Sesi 2024-2028 yang telah berlangsung pada 19 Disember lalu adalah tidak sah dan telah dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Ia juga disebabkan terdapatnya gabungan yang tidak dibenarkan hadir dan tidak dijemput ke kongres itu selain prosedur dan tatacara pengendalian kongres itu dilakukan secara tidak teratur mengikut prosedur yang ditetapkan oleh FAM.
Malah, tindakan itu diambil berdasarkan Artikel 17 Statut FAM iaitu Jawatankuasa Eksekutif FAM boleh menggantung keahlian mana-mana ahli.
Oleh itu, berdasarkan siaran media yang dikeluarkan hari ini menjelaskan FAM meminta agar KAFA kembali mengadakan kongres dan pemilihan semula secepat mungkin.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Kelantan KAFA sebagai Ahli Gabungan berkuat kuasa serta merta kerana kongres dan pemilihan tidak sah sekaligus menjadi ahli gabungan kedua digantung selepas Perlis PFA menjelang Kongres FAM awal tahun depan. @ASTROARENA pic.twitter.com/9WSxuDLXhc
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 24, 2024