Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: Demi jimatkan kewangan, Man Utd dijangka 'buang' pekerja untuk kurangkan kos?

mu.jpg
Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, dilaporkan bersedia merangka strategi pengurusan kewangan yang lebih mampat selepas mengalami kerugian berganda lima tahun berturut-turut sejak 2019.

Demi mengembalikan imej tersebut, The Red Devils, akan mengubah beberapa struktur sebagai satu langkah penjimatan dan meningkatkan kestabilan pengurusan.

"Ini tidak boleh terus berlaku. Keutamaan kami adalah untuk memperkasa skuad bola sepak lelaki dan wanita selain menyasarkan objektif yang ditetapkan.

"Kami tidak boleh melabur sekiranya kami kerap kehilangan wang.

 

"Pada penghujung proses, kami mahu kelab ini terus berkembang dan mempunyai kedudukan yang kukuh sambil mematuhi peraturan daripada badan induk liga dan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA)," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Omar Berrada.

Dalam masa sama, pemilik bersamanya, Jim Ratcliffe, turut giat melakukan pelbagai perubahan bagi memastikan sistem aliran kewangan berjalan lancar.

Difahamkan, kantin kakitangan Stadium Old Trafford bakal ditutup digantikan dengan buah-buahan sebagai hidangan tengah hari percuma.

 

Langkah proaktif ini juga akan dilaksanakan di pusat latihan dengan pemain akan menerima makan tengah haru percuma.

Persoalannya, adakah inisiatif tersebut memberi manfaat kepada pekerja atau sebaliknya? 

Advertisement

Must Watch Video