Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: Balutan di badan Faisal Halim sudah dibuka

faisal-halim-2024.jpg
Selepas hampir tiga hari dimasukkan ke hospital, terdapat perkembangan positif di mana balutan di badan pemain kebangsaan, Faisal Halim, sudah mula dibuka selepas menjalani pembedahan kedua, malam tadi.

Menurut Ketua Perubatan Sukan Selangor, Dr Muhammad Hazwan Khair, berkata, kulit badan pemain berusia 26 tahun itu menunjukkan tanda-tanda pemulihan berbanding sebelum ini.

Dalam masa sama, kecederaan di kepalanya juga memberikan pertunjuk yang baik apabila Faisal kini sudah mula menjamah makanan.

"Pembedahan kedua yang berlangsung semalam sangat memberikan impak yang positif dan pihak perubatan memaklumkan bahawa balutan di badannya sudah dibuka," kata Hazwan.

Advertisement

Must Watch Video