Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: Aidil Zafuan sah bersara sebagai pemain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aidil-zafuan.jpg
Pertahanan legenda Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak, kelihatan sudah mengucapkan selamat tinggal kepada karier bola sepaknya selepas diumumkan akan menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan kelab itu musim depan.

Aidil merupakan saksi langsung kepada proses pembangunan JDT, di mana dia sudah bersama pasukan itu sejak 2013 dan menjadi satu-satunya pemain memenangi 10 gelaran Liga Super berturut-turut bersama kelab berkenaan.

Dia kelihatan beremosi ketika keraian gelaran Liga Super JDT musim ini dan ia kini seakan-akan terjawab selepas JDT dalam laman Facebook, Johor Southern Tigers, sebentar tadi mengumumkan Aidil akan menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan kelab itu disamping kepulangan Hector Bidoglio.

"Beliau (Bidoglio) akan dibantu oleh Pablo Ricchetti, yang juga penolong jurulatih musim lepas, dan penolong jurulatih baru dari Argentina, selain beberapa jurulatih termasuk kakitangan kecergasan & perubatan yang akan menyertai kelab musim hadapan. 

"Aidil Zafuan Abd Radzak juga akan menyertai barisan kejurulatihan Hector," kata kenyataan itu.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video