Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, meluahkan rasa bersyukur apabila dapat kembali menyarung jersi negara selepas setahun tidak dapat melakukannya.
Faisal tidak dapat mewakili negara sejak insiden dirinya disimbah asid pada Mei tahun lalu.
Genap setahun tidak dapat mewakili Harimau Malaya, Faisal kembali diturunkan sebagai pemain gantian ketika skuad negara menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam semalam.
Kali terakhir Faisal menyarung jersi Harimau Malaya adalah ketika menentang Oman dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac 2024.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Faisal turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana memberinya semangat dan peluang untuk kembali memperkasakan Harimau Malaya.
"Terima kasih kepada FAM, Jurulatih Peter dan Tunku Mahkota Johor yang memberikan peluang dan semangat kepada saya. Sudah setahun saya tidak bersama skuad kebangsaan," katanya.

“Terima kasih FAM, Coach Peter dan Tunku Mahkota Ismail beri semangat kepada saya” Faisal Halim, one of the greatest comback in football history. @ASTROARENA pic.twitter.com/XKBXSYaUQ7
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 26, 2025