Skip to main content

Bola Sepak

Terima kasih TMJ beri kepercayaan -- Nafuzi Zain

nafuzi-zain.jpg
Jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Nafuzi Zain, memberikan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepada dirinya.

Nafuzi kini telah memulakan tugas bersama skuad B23 negara, menggantikan Juan Torres Garrido dan bakal mengharungi tiga kejohanan utama, Piala AFF B23, Kelayakan Piala Asia B23 dan Sukan SEA.

"Saya telah memantau perkembangan pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia dan telah meneliti senarai pemain yang bersesuaian dengan corak permainan pasukan."

Tidak ketinggalan, Nafuzi mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail, atas kepercayaan yang diberikan kepada dirinya untuk berada dalam projek revolusi pasukan negara. 

"Saya sangat teruja untuk berkhidmat dalam skuad kebangsaan. Ini adalah peluang terbaik untuk meneruskan karier ke pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan."

"Sesiapa yang menampilkan prestasi yang terbaik, sudah tentu mereka akan dipanggil menyertai skuad negara," kata Nafuzi menerusi temubual eksklusif di saluran Youtube FAM TV.



 

Advertisement

Must Watch Video