Skip to main content

Bola Sepak

Terima kasih Nistelrooy tolong gilap Amad Diallo, kata Amorim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amad-diallo.jpg
Ruben Amorim berterima kasih kepada Ruud van Nistelrooy kerana membantu peralihannya ke kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bekas jurulatih sementara dari Belanda itu menyuntik keyakinan kepada prestasi Amad Diallo di atas padang dan pemain berusia 22 cemerlang ketika membenam Everton 4-0 malam tadi apabila menyumbang dua hantaran gol. 

"Dia berbakat besar walaupun bertubuh kecil. Dia telah melakukan tugas yang bagus dan dia juga perlu tingkatkan prestasi. 

 

"Dia dalam detik terbaik. Ruud van Nistelrooy telah banyak membantunya dan dia kini membantu saya," katanya. 

Pengurus terdahulu yang dipecat, Eric Ten Hag, sebelum ini lebih cenderung mempertaruhkan pemain Brazil, Antony, tetapi Diallo mula mengukuhkan posisinya biarpun diletakkan sebagai sayap pertahanan kanan. 





 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video