Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Terima kasih 23 ribu penyokong -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj.jpg
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, meluahkan kesyukurannya selepas Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya melangkah ke perlawanan akhir buat kali keempat berturut-turut Unifi Piala Malaysia, petang tadi.

Aksi timbal balik kedua menyaksikan Harimau Selatan merekodkan kemenangan 2-1 menerusi jaringan pemain import Heberty Fernandes meskipun Terengganu mengikat kedudukan pada minit ke-58 melalui Ismaheel Akinade.

Agregat 6-1 memisahkan kelebihan skuad kendalian Hector Bidoglio untuk sekali lagi menempah tiket ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi merebut kejuaraan piala berprestij itu.

 

"Terima kasih kepada 23 ribu penonton yang hadir di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) hari ini.

Alhamdulillah, satu lagi final," titah baginda di laman X.

Menanti di final ialah Sri Pahang atau Sabah yang akan membuat perhitungan separuh akhir kedua di Temerloh, esok.

Advertisement

Must Watch Video