Skip to main content

Bola Sepak

Terengganu beri kepercayaan penuh kepada Tomislav Steinbruckner -- CEO

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ceo-terengganu.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Mohd Sabri Abas, berkata pasukan itu menaruh kepercayaan penuh kepada ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk meraih lebih banyak kejayaan buat Skuad Peteh itu musim depan.

Ini selepas pengendali kelahiran Croatia itu berhasil membawa Sang Penyu menjadi naib juara Piala Malaysia dan menduduki tempat keenam Liga Super musim ini.

Dalam satu tembual bersama wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, dia berkata: "Kami di TFC memang sentiasa menetapkan KPI (indeks prestasi utama) yang cukup tinggi bagi barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan ini.

"Saya melihat ini sudah menjadi kebiasaan buat barisan jurulatih dan pengurusan kami.

"Kita sedia maklum bahawa di TFC, kami sentiasa mahu menjadi pencabar terkuat, bukan sahaja kepada pasukan JDT (Johor Darul Ta'zim), yang kita sedia maklum pasukan yang cukup lengkap, malah kami juga berhasrat untuk menjadi pencabar kepada pasukan lain seperti Selangor, Kedah (Darul Aman) dan juga Sabah," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video