Selepas sah dipilih secara rasmi selaku presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) semalam, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, dijangka membuat keputusan siapa yang bakal mengisi kerusi setiausaha agung persatuan itu dalam mesyuarat exco akan datang.
Dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) FAS semalam, Tengku Amir diisytihar menang tanpa bertanding apabila mendapat 77.76 peratus pencalonan, iaitu 81 daripada 96 kelab yang bernaung di bawah FAS.
Baginda yang ditemui selepas itu menjelaskan belum terfikir sama ada akan mengekalkan setiausaha agung masa ini, Rosman Mohd. Ibrahim, atau melantik setiausaha agung yang baru.
Antara nama yang disebut-sebut yang bakal dilantik untuk menduduki kerusi panas itu ialah exco FAS, Omar Ali.
"Saya akan mengenal pasti perkara ini dalam masa terdekat.
"Kami akan mengadakan mesyuarat exco dalam tempoh seminggu ini untuk membincangkan kedudukan ahli jawatankuasa.
"Buat masa ini, saya perlu melihat apa yang perlu diberi keutamaan oleh FAS terlebih dahulu demi menjadikan badan induk ini lebih tersusun dan efektif.
"Ini termasuklah membabitkan pelantikan jurulatih dan pengurusan yang tepat dalam usaha mengangkat pasukan Selangor ke tahap yang seterusnya," kata baginda.
Dalam masa sama, bekas presiden, Datuk Seri Subahan Kamal, gembira kerana FAS akan mendapat nafas baru di bawah pentadbiran Raja Muda Selangor.
Malah, segala tunggakan dan hutang sepanjang 21 bulan pada eranya telah dilangsaikan sebelum beliau secara rasmi melepaskan jawatan.
"Mungkin tempoh (saya berkhidmat) singkat tetapi apabila menerajui mana-mana kelab bola sepak tempatan, yang pertama adalah dana.
"Bukan senang untuk mendapatkan dana, terutama apabila kami tidak mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri.
"Tetapi, Alhamdulillah walaupun berdepan banyak rintangan, kami tetap menyelesaikan segala hutang," ujar Subahan.