Erik ten Hag mengakui Donny van de Beek perlu meningkatkan mutu permainan untuk mencapai kejayaan di Manchester United, tetapi enggan berputus asa terhadap pemain tengah itu.
Setelah bermain dengan cemerlang bersama Ajax di bawah kendalian Ten Hag, Van de Beek berpindah ke Old Trafford pada 2020, tetapi sejak itu bergelut untuk minit permainan yang konsisten.
Van de Beek melakukan 27 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (English Premier League) sepanjang dua musim bersama United, dan hanya beraksi 19 minit dalam pertandingan musim ini selepas mengharungi tempoh yang mengecewakan di Everton.
Pergelutan itu telah menyaksikan Van de Beek kehilangan tempatnya dalam skuad Belanda menjelang Piala Dunia di Qatar, tetapi Ten Hag -- yang memulakan pemain tengah itu dalam kemenangan Liga Europa semalam di Real Sociedad -- percaya pemain berusia 25 tahun itu boleh mengubahnya nasibnya.
"Saya fikir Van de Beek mempunyai pramusim yang agak baik. Dia cedera, kini dia kembali beraksi. Minggu lepas [menentang Sheriff dalam Liga Europa] saya rasa dia bermain dengan sangat baik, dan hari ini saya fikir ia adalah persembahan yang baik.
"Saya tahu dia boleh melakukan lebih baik kerana saya mengenalinya. Dia bertindak dan menyampaikan apa yang saya harapkan daripada segi kedudukan, tekanan, peralihan dan ketepatan.
"Saya fikir dia boleh menjadi lebih ancaman kepada pasukan lawan, itu kualiti terbesarnya. Sepanjang masa saya di sini, dia beraksi dengan baik dalam masa permainan yang kami berikan kepadanya."

Finished the group stage with a win, focus on Sunday ?? pic.twitter.com/7bGByo4JdV
— Donny van de Beek (@Donny_beek6) November 4, 2022