Skip to main content

Bola Sepak

Ten Hag cabar Cristiano Ronaldo ulangi sentuhan berbisa musim lalu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronaldo.jpg
Erik ten Hag percaya Cristiano Ronaldo mampu kembali ke tahap prestasi seperti musim lalu sekiranya itu yang dihajatinya. 

Ronaldo menyumbat jaringan ketiganya musim ini menerusi tandukan bagi melengkapkan kemenangan selesa 3-0 bersama Manchester United ke atas Sheriff dalam Liga Europa, semalam.

Pengurus itu kembali menyenaraikan Ronaldo dalam kesebelasan utamanya selepas menggugurkan pemain berusia 37 tahun tersebut dalam kunjungan ke Chelsea hujung minggu lalu sebagai hukuman kerana masuk ke bilik persalinan sebelum wisel penamat ketika bertemu Tottenham.

Ronaldo merupakan penjaring terbanyak The Red Devils dengan mencetak 24 gol musim lalu tetapi musim ini, Marcus Rashford dan Anthony Martial menjadi pertaruhan utama apabila cergas.




Di sebalik hubungan dinginnya dengan Ten Hag, pengurus dari Belanda itu kerap bercakap tentang kepentingan pemilik Ballon d'Or lima kali berkenaan. 

Tetapi dia berasakan kini ia terpulang kepada Ronaldo sendiri untuk membuktikan bahawa dia masih berbisa seperti musim lalu.

Bercakap kepada pemberita menjelang kunjungan ke West Ham awal pagi Isnin ini, Ten Hag berkata: 

"Terpulang kepadanya tetapi saya fikir apabila berdasarkan peluang yang diciptanya termasuk daripada rakan-rakan sepasukan buatnya, anda boleh saksikan bahawa dia masih mampu menghidu kedudukan tepat."

"Saya tahu dia mampu mengatasi rintangan ini. Jadi, ia mempunyai kebarangkalian

."

Advertisement

Must Watch Video