LIGA INGGERIS
Teg Hag seru United fokus bertemu Chelsea
Erik ten Hag telah mengarahkan pemain Manchester United menepis sebarang persoalan mengenai Cristiano Ronaldo dan mengekalkan fokus mereka untuk menewaskan Chelsea.
Pengurus United itu terpaksa mengadakan pertemuan dengan Ronaldo Khamis lalu selepas penyerang veteran itu menunjukkan perwatakan kurang profesional ketika perlawanan menentang Tottenham.
Enggan bermain sebagai pemain gantian, menurut Ten Hag, dan meninggalkan stadium awal, Ronaldo memastikan dirinya bercuti hujung minggu.
Iklan
Dia telah dipulaukan buat sementara waktu dari pasukan utama oleh bos United itu, yang menjelaskan dia tidak melayan sebarang tingkah laku yang mengganggu daripada bintang itu, atau daripada mana-mana ahli pemain United.
Atas tindakan yang dilakukan, Ronaldo kekal di rumah ketika United menuju ke Stamford Bridge awal pagi esok sementara berlatih di Carrington untuk aksi Liga Europa akan datang.
Isu ini telah menjadi topik perbincangan hangat dalam sidang media pra-perlawanan United, dan Ten Hag berkata, "Saya memahami terdapat soalan mengenai perkara ini, tetapi pada masa sama semuanya mengenai Chelsea. Kami mempunyai satu perlawanan besar, jadi semua tumpuan saya tertumpu kepada perlawanan itu."
"Kami perlu memenangi perlawanan itu dan melakukan segala yang kami mampu. Kami perlu bersedia untuk perlawanan itu dan melakukan yang terbaik.
"Buat masa ini, saya berharap kami sepasukan tidak terganggu dan memberikan fokus kepada tugas utama dan itu adalah untuk beraksi bertemu Chelsea."
9 - Bruno Fernandes created nine chances in Manchester United's 2-0 win over Tottenham Hotspur, the most by a player in a Premier League game since Bruno Fernandes created 10 against Aston Villa last September. Orchestrator. pic.twitter.com/N9zFof4HDF— OptaJoe (@OptaJoe) October 19, 2022
Must-Watch Video