PERANCIS 2 IVORY COAST 1
Aurelien Tchouameni mengalami detik indah dalam kariernya apabila menyumbat gol pertamanya dalam perlawanan persahabatan bersama Perancis tetapi dia kini hanya berminat untuk bergerak ke objektif seterusnya.
Selepas bertapak di Monaco pada musim 2020-21, Tchouameni telah menghasilkan persembahan cemerlang secara tekal di bahagian tengah.
Sejak awal 2021, dia menduduki tangga ketiga dalam kalangan lima liga utama Eropah daripada segi penguasaan yang dimenangi (387) dan terjahan yang dimenangi (83), malah di tempat kedua dalam soal perebutan bola (408).
Jadi bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Tchouameni tersenarai dalam skuad Perancis kendalian Didier Deschamps tahun lalu.
Kelab gergasi seperti Liverpool, Chelsea dan Real Madrid turut dikaitkan berminat dengan pemain berusia 22 tahun itu.
Dia membuka akaun jaringan antarabangsanya dalam penampilan kelapannya apabila meledak gol kemenangan 2-1 ke atas Ivory Coast, awal pagi tadi, tetap dia masih belum berasa puas.
"Ia adalah hasil kerja keras saya. Saya berharap dapat kekal tenang. Sungguh indah apa yang berlaku kepada saya, tambahan pula saya mencetak gol. Menjaringkan gol pertama saya adalah satu perkara yang berbeza, jadi kami kini perlu mengalihkan tumpuan kepada aksi seterusnya," kata Tchouameni kepada M6.
“Pasukan dan kakitangan sangat membantu untuk membolehkan saya mempamerkan personaliti sendiri di atas padang dan itulah yang membuatkan saya berasa hebat di atas padang.
"Dalam separuh masa pertama, kami banyak menyerang dan Ivory Coast pula memiliki peluang menerusi serangan balas. Kami memperkemaskan permainan dalam separuh masa kedua dan saya tidak fikir kami sempat melepaskan satu peluang pun selepas itu.
"Pada akhirnya kami meraih ganjaran ini dan ia bagus."

Mais oui @atchouameni !!!!
— AS Monaco ?? (@AS_Monaco) March 25, 2022
Quel crack ? https://t.co/Bwn3jXXfXl