BOLA SEPAK
Tarik minat bola sepak, PSSI jalin kolaborasi bersama 'Anime' Jepun, Pokemon
Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) menjalinkan kerjasama bersama salah sebuah animasi terkemuka dunia yang berasal dari Jepun, Pokemon, bagi memperkasa industri bola sepak tempatan menggunakan pendekatan berbeza yang memberi nilai tambah berharga buat kedua-dua pihak.
Menurut Pengarah Garuda Sepakbola Indonesia (GSI), Marshal Marsita, perwatakan yang dibawa oleh Pokemon menerusi tumpuan utamanya, Pikachu, akan memperjuangkan skuad Patrick Kluivert bagi memenuhi impian ke Piala Dunia Amerika Syarikat (AS) 2026.
Kolaborasi bersama itu akan diteruskan sekiranya Sang Garuda layak ke kejohanan paling berprestij itu sambil menegaskan lebih banyak peluang bakal terbuka.
Iklan
Selain itu, sudah tentu koleksi barangan secara terhad akan dikeluarkan dan ia akan menarik minat penyokong untuk tidak melepaskan peluang mendapatkannya.
The Pokémon Company dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) melalui PT. Garuda Sepak Bola Indonesia (GSI) berencana untuk melaksanakan beberapa proyek kolaborasi bersama! pic.twitter.com/KUscN6jf16— Timnas Indonesia (@TimnasIndonesia) January 23, 2025
"Kami ingin memberikan pengalaman istimewa kepada semua peminat sambil mendatangkan momen gembira melalui bola sepak," kata pegawai syarikat tersebut, Susumu Fukunaga.
Namun, agenda paling utama perjanjian berkenaan ialah untuk memupuk minat kanak-kanak dengan menganjurkan klinik pembangunan bola sepak.
Kombinasi kartun dan bola sepak mampu melahirkan ramai pemain berbakat bermula daripada pencarian pemain kanak-kanak.
Tidak dilupakan, Pokemon akan memberikan sokongan terhadap skuad bawah 23 tahun (B-23) yang akan menempuh pelbagai kejohanan tahun ini.
Must-Watch Video