MAN UTD 3 TOTTENHAM 2
Antonio Conte menyifatkan Cristiano Ronaldo sebagai satu-satunya perkara yang memisahkan Manchester United dengan keputusan buruk selepas hatriknya dalam kemenangan 3-2 ke atas Tottenham.
Bintang Portugal itu memberikan United tiga gol pendahuluan di Old Trafford, awal pagi tadi, sebelum tandukannya pada minit ke-81 akhirnya menjadi penentu dalam satu pertembungan getir untuk merebut empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pengurus Spurs itu memuji Ronaldo sambil berkata status legendanya dalam bola sepak tidak perlu dipertikaikan lagi.
Bagaimanapun, Conte yang seperti kebiasaannya menghamburkan pujiannya terhadap pemain berusia 37 tahun itu secara individu sambil menyelitkan teguran buat United.
"Kita bercakap tentang seorang pemain yang bukan setakat malam ini sahaja telah membuktikannya sebagai pemain terbaik. Jangan lupa Cristiano dan Lionel Messi merupakan dua pemain terbaik di dunia pada era ini. Sebelum itu Diego Maradona dan Pele," kata Conte kepada Sky Sports selepas perlawanan.
"Kami sedar apabila menentang pemain seperti ini, mereka boleh menjadi penentu. Saya fikir secara jujurnya kalau bukan kerana Cristiano Ronaldo pada malam ini, ia bukanlah malam yang baik buat United.
"Ia adalah satu gelanggang yang sukar, suasana yang sukar untuk berdepan sebuah pasukan yang kuat seperti United, tapi saya fikir kami tidak sepatutnya tewas.
"Kami perlu sedar aspek yang perlu ditingkatkan."