Skip to main content

Bola Sepak

Tahukah anda? Manchester United kalah lagi!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cunha.jpg
WOLVES 2 MANCHESTER UNITED 0

Manchester United berdepan kekalahan keempat daripada lima perlawanan terkahir Liga Perdana Inggeris (EPL) pada ketika ketua pasukan, Bruno Fernandes, dibuang padang sewaktu tewas 0-2 kepada Wolves di Stadium Molineux awal pagi tadi.

Fernandes diarahkan keluar padang pada awal babak kedua selepas kekasaran yang dilakukannya ke atas Nelson Semedo memaksa pengadil, Tony Harrington, melayangkan kad kuning kedua.

Tidak lama selepas itu, Matheus Cunha memecahkan kebuntuan buat pelawat menerusi sepakan penjuru lencong gemilangnya, yang terus menerjah ke jaring pelawat pada minit ke-58.

Cunha kemudian sekali lagi memainkan peranan penting, kali ini dengan membantu jaringan Hwang Hee-chan dalam waktu kecederaan, sekali gus memberikan Vitor Pereira kemenangan kedua daripada dua perlawanan sejak mengambil peranan pengurus Wolves daripada Gary O'Neil.

Hanya dua kemenangan liga buat United sejak dibimbing Ruben Amorim iaitu ketika menewaskan Everton 4-0 pada awal bulan ini dan ketika menewaskan Manchester City 2-1 di gelanggang lawan pada 16 Disember lalu.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video