Kesulitan yang menimpan barisan pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC menerima perhatian tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kedah yang mengambil inisiatif melancarkan Tabung Sumbangan Aidilfitri bagi membantu pemain dan pegawai pasukan membuat persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Rangkaian Anak Darul Aman Se-Malaysia, Anak Darul Aman (ADAM) dan Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (SUARA merupakan tiga NGO yang berusaha untuk memastikan nasib barisan pemain Kedah terbela dan dapat bergembira di bulan Syawal nanti.
Pengerusi Rangkaian Anak Darul Aman Se-Malaysia, Datuk Romli Ishak berkata, "Tabung ini diwujudkan bagi memastikan kebajikan para pemain terus terbela, khususnya dalam menyambut bulan Syawal yang mulia.
"Sumbangan yang dikumpulkan akan disalurkan secara langsung kepada pemain dan pegawai yang memerlukan sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka dalam mengangkat martabat bola sepak Kedah.
"Kami menyeru semua penyokong setia Hijau Kuning, pihak korporat, NGO, serta masyarakat umum untuk turut serta menyumbang ke dalam tabung ini."
Setakat tersebut lebih RM40,000 telah berjaya dikumpulkan -- antara penyumbang utama ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyumbang secara peribadi sebanyak RM20,000, serta Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sebanyak RM10,000.
Sumbangan dibuka bermula hari ini sehingga 25 Mac.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya menerusi akaun CIMB Bank milik Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (SUARA) bernombor 8603566015 dengan rujukan Tabung Sumbangan Aidilfitri Bola Kedah.