Skip to main content

Bola Sepak

Tabung Solidariti Bersama Selangor sudah cecah hampir RM80,000

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tabung.jpg

Jumlah sumbangan diterima menerusi Tabung Solidariti Bersama Selangor bermula dari 26 Jun lalu berakhir dengan jumlah terkumpul mencecah sebanyak RM76,490.06.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hasil sumbangan diserahkan sepenuhnya kepada Selangor bagi membantu kelab memperjuangkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi.

Advertisement

"Susulan daripada keputusan tidak adil dan bersifat penindasan yang dijatuhkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kepada Selangor, kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) melancarkan Tabung Solidariti Bersama Selangor bermula pada 26 Jun sehingga 2 Julai.

"Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada semua rakyat Malaysia dan para peminat sukan bola sepak merentasi batas kenegerian untuk menzahirkan solidariti kepada Selangor," katanya.

Kredit: Sinar Harian

Must Watch Video