Skip to main content

Bola Sepak

Syazwan idam kejayaan bersama Selangor

kapet.jpg
Tonggak baru Selangor, Syazwan Zainon, sedia memulakan cabaran baru bersama skuad Gergasi Merah dengan hasrat membantu pasukannya itu mengecapi kejayaan dalam saingan Liga Malaysia 2019.

Syazwan merupakan antara pemain kebangsaan yang menyertai Selangor bagi kancah 2019 selain Syahmi Safari yang dikekalkan buat pasukan bimbingan B. Sathianathan itu.

Dia bertekad untuk memastikan keputusan menyertai skuad Gergasi Merah sebagai langkah yang tepat sebaik sahaja menyertai sesi latihan pertama.

"Untuk hari pertama latihan bagi 2019, diharap saya dapat memperbaiki prestasi musim lalu. Saya mencari kejuaraan Liga Super, jadi diharapkan keputusan menyertai Selangor membolehkan saya meraih apa yang belum dimiliki," katanya.

"Bagi saya, ia satu cabaran baru apabila berhijrah dari Kedah ke Selangor. Saya rasa jika saya berjaya, ia bukan satu langkah yang salah.

"Status sebagai pemain kebangsaan, ia tidak memberi beza. Semua sama. Jika mahu bergelar pasukan juara, ia tidak memberikan sebarang perbezaan," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video