Datuk Suraya Yaacob, menganggap ianya satu penghormatan buat dirinya apabila kekal diberikan kepercayaan untuk mengisi slot exco wanita Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025 hingga 2029.
Menang dengan 10 undian ketika kongres pemilihan badan induk itu Sabtu lalu, dia mengakui teruja untuk terus memperkasakan bola sepak dan futsal wanita ke peringkat yang lebih tinggi.
Pelbagai perancangan telah disusun atur termasuklah penambah-baikan kejohanan Liga Wanita Nasional 2025, di samping pembangunan peringkat akar umbi demi melahirkan lebih ramai bakat wanita yang mampu diketengahkan.
Untuk rekod, Suraya bukanlah individu asing dalam arena bolasepak tempatan apabila beliau telah menjawat jawatan exco di Wisma FAM sejak 2017, di samping memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita bagi penggal 2021 hingga 2025.