Real Madrid akan memulakan misi mempertahankan gelaran Supercopa de Espana dengan menentang Athletic Bilbao manakala Barcelona pula akan bertemu Real Sociedad.
Madrid menewaskan Valencia sebelum membenam musuh setempat, Atletico Madrid, menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir kejohanan itu , yang diubah format musim lalu, di Arab Saudi.
Disebabkan impak daripada pandemik koronavirus, kejohanan musim 2020-21 akan diadakan di Andalusia dengan Malaga, Cordoba dan Seville dinamakan sebagai bandar tuan rumah.
Madrid, yang turut menjuarai LaLiga musim lalu, akan memulakan kempen di Malaga dengan menentang finalis Copa del Rey 2019-20, Bilbao, yang tewas 1-3 kepada skuad Los Blancos itu awal pagi semalam.
Barca, yang layak selaku naib juara LaLiga musim lalu, merupakan pasukan pertama dicabut dalam majlis undian malam tadi dan akan berdepan Real Sociedad di Cordoba.
Kejohanan itu akan bermula pada 13 Januari ini dan separuh akhir kedua akan berlangsung sehari kemudian.
Madrid telah memenangi Supercopa sebanyak 11 kali dan kurang dua gelaran berbanding rekod 13 kejuaraan milik Barca.
Bilbao pula kali terakhir menjulang kejuaraan itu pada 2015 di mana mereka menewaskan Barca 5-1 secara agregat manakala kejuaraan tunggal La Real diraih pada 1982.
Final Supercopa 2021 akan mengambil tempat di Estadio La Cartuja, Seville pada 17 Januari ini.

? #SorteoSupercopa masculina | Resultados del sorteo
— RFEF (@rfef) December 17, 2020
? Semifinal 1 | @RealSociedad - @FCBarcelona_es
?️ Nuevo Arcángel (Córdoba)
? Semifinal 2 | @realmadrid - @AthleticClub
?️ La Rosaleda (Málaga)
? Final
?️ Estadio de La Cartuja (Sevilla) pic.twitter.com/piuGAgw5Lf