Bekas penyerang negara, Safee Sali, berharap dengan penubuhan Super Safee School mampu memberikan persediaan buat generasi muda yang mahu melangkah ke kancah bola sepak sebagai karier pada masa akan datang.

Safee yang hadir sebagai tetamu Nadi Weekend, berkongsikan perkembangan terbaru dengan penubuhan Super Safee School sebagai medan buat generasi muda melangkah masuk ke kancah bola sepak.

"Perancangan berjalan dengan lancar. Ini merupakan inisiatif yang baru dengan kerjasama SMK Taman Melawati.

"Saya mahu memberikan pengalaman kepada generasi muda, memastikan mereka bersedia untuk menghadapi sebarang ujian kelayakan apabila diberikan peluang pada masa akan datang, dengan Super Safee School ia akan membuka peluang mereka untuk menjalani latihan.

"Inisiatif ini akan menjadi platform buat barisan pemain muda untuk melihat dan merencana masa depan mereka. Kami akan membantu daripada segi memberikan garis panduan buat mereka namun ia tetap bergantung kepada tahap keinginan pemain itu mahu berjaya dalam bidang bola sepak.

"Keinginan saya adalah mahu menyaksikan pemain yang berada dalam akademi ini akan dapat beraksi dalam kancah bola sepak tempatan."

A post shared by Safee Sali 10 (@supersafee_10)