Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Sukma Sarawak 2024: Wilayah Persekutuan, Melaka mara ke separuh akhir bola sepak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wilayah.jpg
Wilayah Persekutuan meneruskan perjalanan untuk merangkul ibu emas dalam acara bola sepak selepas menewaskan Pulau Pinang 2-0 dalam aksi suku akhir Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Mukah, sebentar tadi.

Pasukan Kelantan bakal menanti skuad kendalian Mohd Nidzam Adzha dalam perlawanan separuh akhir pada Khamis nanti.

Dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Melaka membenam Perak 2-1 di Padang Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

Melaka bakal berdepan cabaran Terengganu dalam perlawanan separuh akhir pada 22 Ogos nanti jam 3:30 petang.

Advertisement

Must Watch Video