Thomas Tuchel kecewa apabila Chelsea terlepas peluang untuk meraih mata penuh dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton di Stamford Bridge awal pagi tadi.
The Blues melepaskan peluang untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu EPL, Manchester City, selepas terikat 1-1 dengan skuad tempang Everton.
Pasukan bimbingan Tuchel itu mendaftarkan 80.3 peratus penguasaan bola dan 23 percubaan tetapi hanya dapat menghasilkan satu jaringan menerusi sentuhan Mason Mount.
Dan kegagalan pasukan tuan rumah itu menyudahkan peluang membawa padah apabila Jarrad Branthwaite menemui sepakan percuma Anthony Gordon untuk disudahkan ke dalam gawang Chelsea, sekali gus memberikan satu mata buat The Toffees.
Ia juga merupakan kali ketiga daripada enam perlawanan pasukan Tuchel itu keciciran mata sebaik berada di depan -- untuk mereka ini ketinggalan empat mata di belakang pendahulu dan juara bertahan, City.
"Kami melepaskan satu lagi pendahuluan. Jika kita lihat kepada perlawanan ini, usaha yang kami lakukan untuk mendapatkan gol dan usaha yang dilakukan lawan untuk menyamakan kedudukan, ia sukar untuk diterima," katanya kepada BT Sport.
"Saya fikir kami terlepas peluang besar dalam babak pertama untuk mendapatkan keputusan yang baik. Dalam babak kedua, kami tidak dapat menemui rentak yang tekal dan mencuba untuk membawa masuk tenaga baru daripada bangku pemain tetapi ia agak sukar.
"Kami mendahului dan kami melepaskannya dengan satu sepakan percuma.
"Dalam bola sepak, tidak ada permainan di mana anda boleh mempunyai satu sebab perkara seperti ini boleh berlaku. Satu sebab besarnya adalah peluang yang kami lepaskan hari ini. Kami mungkin boleh mendahului 3-0 dan bermain dengan api.
"Kami mempunyai peluang dan kualiti yang mencukupi untuk menang tetapi tidak menang," katanya.

A frustrating evening, thanks for your support as ever Blues. ? pic.twitter.com/KGtmy1KqQZ
— Chelsea FC (@ChelseaFC) December 16, 2021