Xavi berkata dia akan sukar untuk melelapkan matanya mengenangkan Barcelona tidak dapat memanfaatkan peluang dalam aksi dominan mereka sewaktu terikat 1-1 dengan Sevilla awal pagi tadi.
Dalam aksi LaLiga itu, Los Nervionenses terlebih dahulu berada di depan hasil penyudah tenang Alejandro Gomez tetapi Barca kembali menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama menerusi tandukan Ronald Araujo.
Ia sesuatu yang janggal buat Barca memandangkan mereka mendaftarkan 15 percubaan sepanjang separuh masa pertama -- rekod terbanyak dilakukan mana-mana pasukan dalam LaLiga musim ini.
Jules Konde dilayangkan kad merah pada minit ke-64 kerana membaling bola ke muka Jordi Alba tetapi Barca gagal memanfaatkan kelebihan itu sehingga ke penghujung permainan.
Ia bermakna Blaugrana hanya memenangi satu daripada lapan perlawanan liga terakhir di gelanggang lawan dan walaupun Xavi kecewa pasukannya gagal membawa pulang tiga mata dari Andalusia, dia tetap gembira dengan prestasi pemainnya.

"Kami kehilangan dua mata, kami lebih layak menang, termasuk ketika masih 11 lawan 11," katanya kepada Movistar.
"Ia pasti amat sukar untuk saya tidur kerana kami sepatutnya menang.
"Sevilla dapat memperlahankan perlawanan ini, mereka pasukan veteran yang hebat, mereka tahu apa yang sedang mereka lakukan dan mereka bermain secara taktikal dengan amat baik.
"Barca kali ini menghampiri apa yang kami mahukan, untuk menjadi protagonis dan berani, ia di landasan yang betul.
"Saya dapat melihat Barca yang penuh dengan perwatakan. Inilah yang kami mahukan dan pasukan ini sedang berkembang ke arah itu.
"Kami amat bagus ketika melakukan tekanan tinggi, kembali mendapatkan bola selepas kehilangannya dan dalam menggerakkan bola.
"Kami bersaing dengan amat baik walaupun sekadar meraih keputusan seri," katanya.