Skip to main content

Bola Sepak

Sukar tapi tidak mustahil Bergson pecah rekod Indra Putra musim ini -- Pakar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nizar.jpg
"Sukar tapi bukan mustahil." Itu pandangan bekas penyerang negara, Nizaruddin Yusof, mengenai peluang Bergson da Silva untuk memadam rekod Indra Putra Mahayuddin selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super dalam aksi terakhir liga musim ini.

Nizaruddin, yang merupakan pemenang Kasut Emas Liga Super 2009, menganggap pertemuan menentang Kuching City bukan aksi mudah buat Bergson untuk melunaskan tugas itu, terutama dalam mengulangi persembahan memukau ketika meledak lima gol ketika berdepan Kelantan Darul Naim minggu lalu.

Ia kerana Kuching City bimbingan Aidil Sharin Sahak akan turun untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata berdepan Harimau Selatan di Stadium Negeri Sarawak malam esok bagi mengintai peluang ke ACC Shopee Cup selaku pemenang tempat ketiga Liga Super.

Sebagai rekod, Bergson telah menghimpunkan 104 gol Liga Super sejak menyertai JDT pada 2021 dan kekurangan dua gol lagi untuk menyamai rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman Indra Putra dengan 106 gol.

"Saya fikir kalau dia dapat gol pertama pada awal permainan, saya percaya dia boleh mendapatkan tiga gol itu untuk memecahkan rekod sepanjang zaman Indra Putra," kata Nizaruddin kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Jika dia tidak dapat gol dalam babak pertama, mungkin agak rumit juga untuk dia lakukannya dalam babak kedua.

"Daripada segi prestasi sebagai seorang penyerang, saya rasa ia memberikan kepuasan, cuma Kuching City sedang berada dalam prestasi yang baik di setiap posisi," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video