Biarpun menganggap peluang skuadnya mara ke suku akhir agak tipis, ketua jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail, menuntut The Red Warriors (TRW) mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan C, Piala Malaysia menentang juara bertahan, Kedah di Stadium Darulaman, malam ini.
Katanya, biarpun TRW mampu cipta kejutan mengatasi Kedah, dia masih perlu mengharapkan ‘bantuan’ UiTM FC untuk mengalahkan Melaka United (MU) di Stadium UiTM, Shah Alam
“Kami sedar peluang ke suku akhir agak tipis dalam saingan Piala Malaysia kali ini. Namun, TRW tidak akan mudah menyerah kalah dan semua pemain berjanji akan mempamerkan aksi terbaik di gelanggang lawan.
“Kami juga mengakui peluang Melaka untuk layak ke suku akhir lebih besar kerana hanya perlu seri dengan UiTM FC dalam perlawanan terakhir mereka tetapi saya percaya apa-apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak,” katanya.
Zahasmi menjelaskan faktor kecederaaan beberapa pemain utama juga menjadikan misi mengejutkan Kedah agak sukar biarpun menjangka skuad Lang Merah bakal merehatkan beberapa nama besar.
“Kami akan kehilangan kapten, Mohd Badri Radzi (Piya), pertahanan kental, Norhafiz Zamani Misbah (Angah), Mohd Farisham dan Daudsu Jamaluddin.
“Namun, TRW memiliki pemain muda yang berpotensi untuk menggantikan pemain senior dan saya harap mereka mampu menyerap tekanan di Alor Setar dan berikan aksi cemerlang malam ini,” katanya.