BOLA SEPAK
Sukan SEA Thailand: Miki Ghazali tunggu seruan negara
Atlet muay thai muda negara, Mikail Ghazali Zulfikar, bersedia menyahut cabaran abangnya, Muhammad Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, yang berharap melihat lebih banyak bakat muda beraksi dalam Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.
Sebagai juara pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, Mikail berkata mewakili negara dalam temasya itu adalah impian setiap atlet dan peluang tersebut tidak boleh dilepaskan.
"Saya mahu jika diberi peluang, tetapi setakat ini belum ada pemilihan atau panggilan daripada pihak persatuan" katanya.
Iklan
Jojo, 18, memilih untuk fokus sepenuhnya kepada kariernya dalam ONE Championship, sekali gus menolak penyertaan Sukan SEA tahun ini bagi memberi peluang kepada atlet muda.
Sementara itu, Mikail, 16, berharap untuk mengikut jejak Langkah abangnya ke ONE Championship dan sedang berusaha keras untuk merealisasikan impian tersebut.
"Fokus saya sekarang adalah untuk bertanding dan mempamerkan bakat saya," ujarnya.
Must-Watch Video