Skip to main content

Bola Sepak

Sukan SEA: Maloney kekal tenang

8967789641640608955426_600x338.png
Ketua jurulatih skuad B23 negara, Brad Maloney, tetap tenang meskipun hanya segelintir  pemain menyertai kem latihan pusat ketika ini.

Menurut Maloney, berkemungkinan pihak kelab tidak melepaskan pemain kerana mereka masih lagi beraksi dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana.

Maloney bagaimanapun tetap percaya dia akan memiliki skuad lengkap secara berperingkat dalam tempoh masa terdekat.

Sementara itu, dua pemain yang berpengkalan di luar negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak dan Luqman Hakim Shamsudin masing-masing akan melaporkan diri bersama pasukan pada 25 dan 29 April.

Sementara itu, ketua jurulatih futsal negara, Chiew Chun Yong, akan membawa barisan pemain sama yang mewakili Malaysia dalam Kejohanan Futsal AFF baru-baru ini ke Sukan SEA.

Bagi Chun Yong, tiada keperluan untuk melakukan rombakan ketika masa kian suntuk mempersiapkan pasukan.

Tumpuan Chun Yong ketika ini ialah memperbaiki tahap fizikal dan kecergasan pemain yang dilihat memiliki kekurangan.

Dalam perkembangan sama, pengendali kem futsal wanita, Jamhuri Zainuddin, menganggap thailand sebagai pencabar utama untuk edisi kali ini.

Jamhuri turut berharap anak buahnya yang dibarisi hampir 80 peratus muka baru dapat menyesuaikan diri secepat mungkin dengan taktikal yang diterapkan.
 

Advertisement

Must Watch Video