MALAYSIA 1 VIETNAM 2
Perjuangan skuad B-22 negara dalam Sukan SEA Kemboja 2023 tamat di peringkat kumpulan selepas tewas 1-2 kepada juara bertahan, Vietnam, dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Visakha, Phnom Penh sebentar tadi.
Selepas tewas 0-2 kepada Thailand kelmarin, pasukan bimbingan E. Elavarasan itu tiada pilihan selain memenangi aksi kali ini tetapi nasib jelas tidak memihak skuad negara sejak dari awal.
Vietnam dihadiahkan sepakan penalti seawal minit kelima selepas insiden bola terkena tangan Harith Haiqal Adam Afkar dan Nguyen Van Tung memanfaatkan kesempatan itu menjaringkan gol pembukaan biarpun Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dapat melakukan tampanan terhadap sepakan itu.
Harimau Muda sekali lagi dihukum Van Tung pada minit ke-33, kali ini dengan membenarkan penyerang itu memperoleh ruang untuk menanduk masuk lambungan Vo Minh Trong.
Malaysia, bagaimanapun, mengurangkan difisit itu menjelang ke bilik persalinan apabila sepakan percuma kencang Aliff Izwan Yuslan gagal ditangkap kemas Quan Van Chuan.
Kebangkitan yang dicari skuad negara dalam babak kedua bertukar tragedi apabila Safwan Mazlan dilayangkan kad merah pada minit ke-79 dan Najmudin Akmal Kamal Akmal pula dilayangkan kad kuning kedua berselang tiga minit.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia sah tidak akan melayakkan diri ke separuh akhir selepas hanya memungut tiga mata selepas tiga perlawanan sambil Vietnam dan Thailand pula gah di dua tangga teratas dengan sembilan mata.
Malaysia seterusnya akan melengkapkan jadual peringkat kumpulan dengan bertemu satu lagi pasukan yang sudah sah tersingkir, Singapura, pada Khamis ini.