PIALA MALAYSIA
Sukan Para Asean: Ing Hock masih tangkas pada usia 52 tahun
Menjadi atlet paling berusia, pemain ping pong para negara, Ting Ing Hock, tidak menganggap itu sebagai penghalang untuknya kekal bertenaga mempertaruhkan aksi dalam Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 yang bermula secara rasmi esok.
Ketangkasan dan keghairahan yang ditampilkan di atas gelanggang tidak menggambarkan Ing Hock sebagai atlet yang sudah berumur 52 tahun.
Membuat penampilan ketujuh dalam Sukan Para ASEAN sejak 2003, Ing Hock tidak pernah berasa puas dan berazam untuk terus membantu mengharumkan nama negara selagi dia mampu sambil berhajat untuk mengekalkan pingat emas yang diraihnya dua tahun lalu menerusi acara berpasukan.
Iklan
Kategori T9 yang disertainya itu turut mendapat sentuhan daripada jurulatih dari China, Chao Yee Cheng, sejak tiga bulan lalu.
"Fizikal saya dalam keadaan yang memuaskan, namun belum di tahap 100 peratus bagi menghadapi temasya.
"Peranan saya dalam temasya kali ini adalah sebagai pelapis untuk pasukan muda agar mereka dapat mengambil alih dominasi negara dalam kategori T9.
"Saya mahu menjadi contoh kepada pemain muda supaya mereka tahu bahawa umur bukanlah penghalang kerana yang penting adalah aspek mental dan disiplin," katanya.
Dia baru sahaja memulakan latihan penuh bersama skuad negara sejak Julai lalu kerana turut memainkan peranan sebagai jurulatih kepada skuad pelapis, lalu memaksa dirinya untuk membahagikan masa sebaik mungkin.
"Masa saya terhad.
"Bukan senang memainkan dua peranan serentak kerana tempo jurulatih tidak sama ketika beraksi."
Must-Watch Video