Pep Guardiola memuji persembahan hebat Bernardo Silva yang membantu Manchester City menewaskan Liverpool 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Etihad, awal pagi tadi.
Silva mempamerkan aksi tanpa penat untuk membantu juara bertahan, City, merakamkan kekalahan pertama buat The Reds musim ini.
Pemain Portugal itu mencipta satu bantuan gol dan mencatat larian sejauh 13.7 kilometer -- menjadi satu rekod paling jauh buat pemain dalam Liga Perdana Inggeris musim ini -- sekali gus membantu City merapatkan jurang kepada empat mata dengan Liverpool.
Guardiola, yang jelas teruja dan gembira dengan prestasi Silva, memberitahu wartawan: "Dia melakukan segalanya, memenangi semua perebutan.
"Dia paling kecil tetapi menunjukkan kepada anda bahawa dia tidak perlu bertubuh besar. Sudah tentu saya menginginkan pasukan yang lebih tinggi dan memiliki fizikal berbanding ketika ini tetapi dia jelas hebat.
"Saya tidak melihat persembahan sebegitu untuk tempoh yang lama, bukan sahaja dengan bola kerana dia sangat teliti dan bijak.
"Dia berebut dengan Virgil Van Dijk di udara, membuatkan pertahanan itu tidak selesa. Dia sangat hebat."
Dalam masa sama, Guardiola turut memuji Aymeric Laporte selepas bek tengah itu diletakkan di posisi pertahanan kiri.
"Saya kagum dengan pemain yang melakukan apa sahaja demi pasukan, termasuk beraksi di posisi yang mereka tidak selesa," tambah pengendali dari Sepanyol itu.
"Jangan lupa kami beraksi dua musim tanpa bek kiri sebenar. Fabian Delph adalah pemain tengah, Oleksandr Zinchenko merupakan penyerang kedua dan hari ini Laporte.
"Sebab itu apabila saya bercakap mengenai keterujaan saya dengan barisan pemain ini, ia melibatkan banyak perkara. Adakah dia menampilkan persembahan terbaik? Tidak. Dia melakukan hantaran sempurna ketika tiada ancaman? Tidak.
"Tetapi anda faham untuk beraksi di posisi itu berdepan Mohamed Salah, kemudian Sadio Mane dalam babak kedua, ia bukan mudah. Mereka memusnahkan sesiapa sahaja tetapi Vincent Kompany, John Stones dan Laporte beraksi agak baik," katanya.