Pengarah Teknikal, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Jorg Peter Steinebrunner, bersedia menggalas tanggungjawab ketua jurulatih The Red Warriors (TRW) yang baru bagi menggantikan Yusri Che Lah menjelang saingan Liga Malaysia yang akan membuka tirainya bulan depan.
Steinebrunner, bekas pengendali Negeri Sembilan yang sudah dua minggu melatih skuad muda Kelantan, melaungkan keyakinan mampu menjadikan TRW kembali menjadi pencabar kejuaraan Liga Perdana musim ini.
"Seperti yang anda semua lihat, saya di sini untuk menyokong Kelantan. Kelantan sebuah kelab yang besar. Saya akan mengikut apa saja arahan.
"Jika saya boleh membawa kejayaan sebagai ketua jurulatih, itu sangat menggembirakan tetapi jika ada individu lain diminta bersama saya untuk mencipta kejayaan, saya turut gembira.
"Pastinya, saya di sini untuk berkhidmat kepada Kelantan. Saya selalu bersedia jika ditawarkan jawatan itu (ketua jurulatih)," katanya.
Sementara itu, Steinebrunner berharap pemainnya tidak mudah gentar dan dapat menunjukkan aksi permainan terbaik menentang naib juara Piala Malaysia, Terengganu FC, dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
"Pertamanya, saya berharap kami boleh bermain seperti dalam latihan. Saya selalu percaya bahawa dalam aksi persahabatan, keputusan adalah perkara kedua.
"Perlawananan ini juga menjadi satu ujian yang bagus kerana Terengganu adalah pasukan yang berkualiti. Saya harap penyokong dapat hadir dan memberikan sokongan kepada skuad muda ini."
Untuk rekod, jawatan ketua jurulatih TRW kosong apabila calon pilihan, Yusri, membuat keputusan menerima tawaran daripada Kuala Lumpur yang beraksi dalam Liga Super.
Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan, pula tidak mahu tergesa-gesa mencari pengganti kerana bimbang tersalah pilih calon yang mengakibatkan prestasi TRW merudum.