Skip to main content

Bola Sepak

Stadium Darul Makmur antara yang bereputasi cemerlang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sdm-rumput-stadium-darul-makmur.jpg
Stadium Darul Makmur semakin hampir siap sejak ditutup untuk kerja menaik taraf pada Ogos tahun lalu. 

Dengan kos RM1.6 juta, antara yang diberi perhatian ialah pertukaran rumput dan sistem saliran padangnya. 

Rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam di penghujung November 2024 dan dalam satu muat naik di Facebook, Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) berkata padang ini adalah antara stadium bereputasi cemerlang.

Untuk rekod, skuad bola sepak Liga Super, Sri Pahang, memilih Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh pada musim ini sepanjang kerja menaik taraf ini. 





 

Advertisement

Must Watch Video