Skip to main content

Bola Sepak

Sri Pahang, Sarawak United raih kemenangan pertama Liga Super

sri-pahang.jpg
SRI PAHANG 3 PENANG 1 

Percaturan jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel, dalam separuh masa kedua membuahkan hasil apabila dua pemain gantian memainkan watak utama dalam kemenangan sulung Liga Super musim ini ketika menundukkan Penang 3-1. 


Dalam masa sama, Sarawak United turut merakam kemenangan pertama musim ini selepas mengejutkan Petaling Jaya (PJ) City di Kelana. 

Penantian itu akhirnya terlerai selepas tiga perlawanan yang menyaksikan mereka meraih meraih kemenangan meyakinkan untuk keluar dari zon bahaya di Stadium Darulmakmur, sebentar tadi. 

Di sebalik deretan peluang menarik di depan pintu gol, Sri Pahang hanya mampu terikat 1-1 dalam babak awal yang menyaksikan ledakan padu pemain tengah Tok Gajah, Nor Azam Azih, pada minit ke-28 dipadamkan oleh sepakan Sukri Hamid pada masa kecederaan separuh pertama. 

Namun, titik tolak kemenangan juara 2004 itu berpunca daripada penggantian Sean Giannelli dan Baqiuddin Shamsudin. 

Sentuhan pertama Baqiuddin di sebelah sayap kiri akhirnya ditanduk masuk oleh David Rowley pada minit ke-65. 

Akibat suasana kelam kabut di atas garisan gol itu, penjaga gawang Harimau Kumbang, Khatul Anuar Jalil, terpaksa dikeluarkan dan digantikan oleh Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy. 

Kubu skuad kendalian Tomas Trucha itu roboh lagi dan kali ini Sean Giannelli menyambut lorongan Nor Azam di sebelah kanan untuk gol ketiga pasukannya pada minit ke-73. 

Selepas mengharungi enam perlawanan tanpa kemenangan, Penang terperosok di tangga terbawah dengan mengumpul tiga mata sementara anak buah Gamel mendaki ke tangga ke-10. 





Walaupun terlepas menyumbat sepakan penalti awal, Boris Kok menebus kekecewaan itu pada minit ke-21 sebelum Francis Kone meledak dua gol dalam babak kedua termasuk satu sepakan penalti untuk kemenangan 3-1. 

Gol sagu hati Sang Phoenix disumbangkan oleh R Kogisleswaran ketika di kedudukan 1-2.

Namun, carta Sarawak United tidak berganjak selepas kemenangan pertama ini berikutan mengalami empat kekalahan apabila menghuni tempat ke-11.  

Keputusan Liga Perdana: 





 

Advertisement

Must Watch Video