LIGA SUPER MSIA
Sri Pahang bubar terus, Kedah juga tiada -- TMJ
Sri Pahang termasuk Kedah Darul Aman bakal tinggalkan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan selepas kelab berkenaan akan dibubarkan.
Perkembangan itu dikongsi oleh Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang mendedahkan dua kelab tradisi bola sepak tempatan itu tidak akan mengambil bertanding pada musim depan.
Dalam Sesi Soal Jawab Bersama Penyokong JDT Di Pusat Latihan JDT, di Padang Seri Gelam, malam tadi, baginda mendedahkan nasib yang bakal menimpa kedua-dua itu.
Iklan
"Saya sedih berkenaan satu benda...satu saya rasa Insya-Allah bersyukur kalau menang (final Piala Malaysia pada 12 April depan). Tetapi saya juga terpaksa cakap selamat tinggal kepada sahabat saya, bapa saudara saya, Raja Muda, pasukan legenda yang banyak sejarah macam Pahang kerana tahun depan Pahang tak ada lagi, bubar terus.
"Pasal ada masalah dalam Pahang, jadi benda ini berita sedih. Macam Kedah adalah pasukan yang bersejarah pun tak ada juga tahun depan. Salah siapa? Ini semua kerana isu kelemahan pengurusan dalaman.
"Apabila ada RM10 juta tapi belanja RM15 juta, jadi saya sedih mereka tak ada lagi. Saya harap mereka akan mencari jalan untuk selesaikan masalah tersebut, atau ada hutang ke apa ke.
"Tapi inilah masalah terbesar orang di Malaysia apabila meletakkan orang yang tidak ada minat dan pengetahuan dalam bola sepak," katanya.
Must-Watch Video