Pengarah Komunikasi Sporting CP, Nuno Saraiva, membidas dakwaan pengerusi bersama West Ham, David Sullivan, bahawa kelab Portugal itu menolak bidaan terhadap William Carvalho sebelum membuat pusingan U di hujung jendela perpindahan pemain.
Pemain tengah Portugal itu dikaitkan dengan perpindahan ke West Ham dan Sporting dilaporkan telah menolak bidaan awal yang dijangkakan mencecah GBP27 juta dengan nilai itu dijangka ditambah kepada GBP9 juta.
Kelmarin, Sullivan berkata West Ham telah membuat rekod bidaan untuk mendapatkan Carvalho twtapi ditolak sebelum kelab Portugal itu menerimanya semula ketika hari terakhir perpindahan, namun ia tidak memberi kelab England itu cukup masa untuk menyempurnakan pembelian tersebut.
Bagaimanapun, dakwaan itu dibidas Saraiva, yang mengeluarkan kenyataan di Facebook:"David Sullian menipu. Sepertimana yang disuarakan presiden kami, tiada sebarang bidaan di buat ke atas William Carvalho.
"Industri bola sepak bukan seperti set filem pornografi di mana segala unsur lucah boleh dibenarkan.
"David Sullivan perlu membuktikan apa yang dia katakan. Untuk itu, kami di Sporting Clube de Portugal mencabarnya untuk mengemukakan kertas cadangan yang didakwanya telah dibuat, termasuk bukti bahawa kami menerimanya.
"Kami tidak ada kena-mengena dengan segala tindakan seorang ahli perniagaan yang membuat duit menerusi keringat pemain seolah-olah mereka ini barang murah di pasaran, sekaligus menjatuhkan maruah pemain itu sendiri dan secara tidak langsung memalukan Sporting Clube de Portugal.
"Kami akan mengambil segala tindakan drastik untuk mempertahankan pasukan ini daripada parasit yang hidup bergantung kepada keringat pemain."