NAPOLI 0 SPEZIA 1
Spezia mencipta sejarah dalam Serie A sewaktu mencalarkan peluang Napoli untuk mendakap galaran musim ini dengan kemenangan 1-0 di Stadio Armando Maradona awal pagi tadi.
Gol sendiri Juan Jesus pada minit ke-37 sudah cukup untuk menjadi pemisah di Naples dengan Spezia menjadi pasukan pertama memenangi satu perlawanan Serie A tanpa mendaftarkan sebarang percubaan tepat sepanjang data Opta dikumpulkan sejak musim 2004-05.
Kekalahan ketiga berturut-turut Napoli di laman sendiri itu turut menyaksikan mereka kini di pintas AC Milan -- yang ditewaskan mereka 1-0 hujung minggu lalu -- untuk kini berada di tangga ketiga dan jurang mata dengan pendahulu liga, Inter Milan, juga semakin melebar kepada tujuh mata.
Pasukan tuan rumah itu tidak dapat menyudahkan sebarang percubaan tepat daripada 26 yang dihasilkan mereka dalam perlawanan itu, di mana jaringan Hirving Lozano dibatalkan kerana ofsaid dan Andrea Petagna pula didapati melakukan faul sebelum tandukannya menerjah jaring.
Napoli kini telah melakukan 66 percubaan sepanjang tiga perlawanan terakhir tetapi hanya memperoleh satu gol daripadanya -- gol tunggal Eljif Elmar sewaktu menewaskan AC Milan.

1 - #Spezia are the first side to have won a Serie A game without firing any shot on target since Opta started to collect this data (since 2004/05). Uproar.#NapoliSpezia #SerieA pic.twitter.com/ZvcWpDZFDJ
— OptaPaolo ? (@OptaPaolo) December 22, 2021