Kapten Liverpool, Jordan Henderson, mungkin meninggalkan kelab itu lebih awal.
Henderson masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun dan dikatakan mahukan satu kontrak lanjutan.
Tetapi perbincangan itu dilaporkan tiada sebarang perkembangan dan berpotensi membuka jalan keluar buat pemain itu ke pasukan lain.
Melengkapkan kontrak baru Henderson dilaporkan tidak menjadi keutamaan buat pemilik Liverpool menjelang musim depan dan The Athletic melaporkan pemain kebangsaan England itu mungkin memilih untuk angkat kaki.
Laporan itu juga memetik bahawa ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino, sudah lama berminat untuk mendapatkan pemain tengah itu selain hubungan rapat Henderson dengan penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez, turut boleh mempengaruhi keputusannya untuk meninggalkan Anfield.

Interesting to see if clubs (inc #PSG & possibly #Atleti) try to capitalise on Jordan Henderson contract impasse by moving for him this summer. No dispute between 31yo & Liverpool but negotiations are not advancing so big decisions loom @TheAthleticUK #LFC https://t.co/RkhorIrSEy
— David Ornstein (@David_Ornstein) July 19, 2021