Pengurus Inter Milan, Luciano Spaletti, memuji impak Ivan Perisic selepas pemain itu membantu mengatasi kedegilan Crotone, malam tadi.
Perisic menyumbat gol kedua Inter dalam masa kecederaan untuk mengesahkan kemenangan 2-0 dalam Serie A.
Pemain Croatia itu -- yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United awal musim ini -- menjadi tonggak kepada permulaan mantap Inter musim ini dengan tiga gol daripada empat kemenangan berturut-turut.
Spaletti percaya pengaruh pemain berusia 28 tahun itu menjangkaui jumlah golnya ketika ini.
"Perisic banyak berkorban," Spaletti memberitahu Mediaset Premium.
"Seorang ketua akan menonjolkan diri mereka pada saat rakan sepasukan memerlukannya dan Ivan telah mempamerkan kualiti seorang pemimpin dalam perlawanan seperti ini."
Pemain antarabangsa Slovakia, Milan Skriniar, membuka tirai jaringan pada minit ke-82 di Stadium Ezio Scida.
Pemain pertahanan itu turut senada dalam menekankan kepentingan bermain sebagai satu unit.
"Saya gembira dengan jaringan itu tetapi apa yang penting, kami melakar kemenangan meskipun tidak bermain dengan baik," kata Skriniar.
"Fokus kami kini terarah ke aksi seterusnya. Kami memiliki skuad yang mantap dan kami tahu kejayaan berpasukan lebih penting daripada pencapaian individu."