WC QUALIFYING
Southgate akur Woodburn pilih Wales
Pengurus England, Gareth Southgate, mengakui tiada apa yang mampu dilakukannya bagi mempengaruhi Ben Woodburn selepas pemain kelahiran Cheshire itu meledak gol kemenangan dalam aksi sulungnya bersama Wales.
Nama Woodburn mula melonjak apabila menjadi penjaring tunggal dalam kemenangan 1-0 ke atas Austria, kelmarin, sekaligus mencerahkan peluang Wales untuk mara ke Piala Dunia tahun depan.
Pemain berusia 17 tahun itu pernah dilamar England ketika usia muda sebelum mengesahkan komitmen dengan Wales -- yang merupakan negara kelahiran datuknya.
Iklan
Southgate mendoakan kejayaan Woodburn di masa akan datang dan menegaskan mereka tidak gemar melamar pemain muda yang memiliki dua kerakyatan di peringkat awal.
"England memiliki ramai pemain muda yang mempunyai kerakyatan lebih daripada satu. Bukan mudah untuk mengintai setiap seorang daripada mereka," kata Southgate.
"Woodburn pernah berlatih bersama kami di peringkat muda tetapi ada negara yang mampu bertindak cepat dalam melamar mereka dan itu sudah cukup untuk menarik perhatian pemain.
"Ia juga melibatkan pilihan peribadi, jadi saya mendoakan yang terbaik untuknya."
Must-Watch Video