Skip to main content

Bola Sepak

Solari label Benzema antara penyerang terbaik

benzema.jpg
Pengurus Real Madrid, Santiago Solari, memuji sikap Karim Benzema yang tidak mementingkan diri sendiri  sambil memujinya sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia.

Selepas penghijrahan Cristiano Ronaldo, Benzema menggalas beban besar untuk menggempur gawang lawan. 

Walaupun dia hanya mencetak tujuh gol dalam 20 perlawanan LaLiga, pemain dari Perancis itu merupakan penjaring utama Madrid musim ini.

Solari sebaliknya berpandangan jauh dengan menekankan bahawa keinginan Benzema untuk memberi bantuan kepada rakan sepasukannya dan sikap tidak mementingkan diri menyaksikannya beraksi dengan jari yang patah. 

"Benzema sudah mengharungi banyak musim dan kerjayanya turun naik," kata Solari kepada wartawan menjelang kunjungan ke Espanyol, awal pagi esok. 

"Sudah tentu dia dalam keadaan yang sangat bagus ketika ini. Dia mempunyai detik dan tahun yang hebat. Saya selalu mengatakan bahawa dia seorang pemain yang sangat bermurah hati kerana sentiasa mencipta ruang untuk rakan sepasukannya.

"Dia membuatkan pemain-pemain di sekelilingnya menjadi lebih baik dan dia sangat murah hati dengan usahanya. Dia beraksi dalam hampir setiap perlawanan musim ini dan dia tetap melakukannya dalam keadaan jarinya patah.

"Saya fikir dia merupakan salah seorang penyerang terbaik dunia ketika ini."

Seorang lagi pemain yang meraih pujiannya pada musim ini adalah pemain muda dari Brazil, Vinicius Junior, yang licik dan Solari kagum anak buahnya itu dapat menyesuaikan diri selepas tiba daripada Flamengo.

"Dia dapat menyesuaikan diri dengan segera," kata Solari. "Dia sangat muda, dia baru berusia 18 tahun dan dia harus menyesuaikan diri dengan suasana di negara, bahasa, kawan, kejiranan, budaya berbeza dan gaya bola sepak baru.

"Dia mendapatkan nasihat daripada pemain berpengalaman, iaitu pemain yang telah beraksi dalam banyak permainan. Mereka sangat membantunya dan menyambut baik kehadiran Vinicius. 

"Oleh itu, dia dapat menunjukkan bakatnya dalam setiap perlawanan. Kami harus menjaganya dan semoga perkembangannya berterusan."

 

Advertisement

Must Watch Video