Skip to main content

Bola Sepak

Solari berang dengan keputusan pengadil

solari.jpg
REAL MADRID 0 REAL SOCIEDAD 2

Santiago Solari berang apabila Real Madrid tidak diberikan sepakan penalti selepas Vinicius Jr dijatuhkan ketika mereka tewas 2-0 kepada Real Sociedad dalam saingan LaLiga, awal pagi tadi.


Real dijangka akan menyamai Sevilla dengan 33 mata dalam saingan LaLiga -- apabila mereka seri dengan Atletico Madrid -- namun gagal untuk mempamerkan aksi yang baik.

Willian Jose menghukum Real seawal minit ketiga menerusi sepakan penalti selepas Casemiro menjatuhkan Mikel Merino.

Selepas perlawanan bersambung, Lucas Vazquez terpaksa meninggalkan padang setelah dilayangkan kad kuning kedua sebelum mereka dinafikan sepakan penalti apabila terjahan yang dilakukan ke atas Vinicius oleh Geronimo Rulli.

Tiada sepakan penalti diberikan dan Ruben Pardo memastikan kemenangan Sociedad dan Solari berang dengan keputusan yang tidak menyebelahi pasukannya.

"Segalanya tidak memihak Real," kata Solari. "Kami tidak memulakan perlawanan dengan baik, dihukum awal oleh pasukan lawan.

"Kami melakukan segala-galanya untuk mengubah keputusan perlawanan tetapi gagal meledak jaringan.

"Saya tidak faham mengapa pengadil tidak memberikan sepakan penalti selepas Vicinius dijatuhkan," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video