Kelab Ligue 1, Nice, telah mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain berpengalaman dari Belanda, Wesley Sneijder, secara percuma.
Sneijder telah dilepaskan oleh Galatasaray bulan lalu selepas bersama Gergasi Liga Super Turki itu selama empat musim.
Nice telah mengesahkan bahawa mereka bersetuju untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 33 tahun itu dan kini sedang menantikan ujian perubatan yang bakal dijalankan hari ini.
Sneijder dijangka menandatangani kontrak selama satu musim untuk kembali bergandingan dengan rakan sepasukannya di Inter, Mario Balotelli.
Skuad bimbingan Lucien Favre itu mengalami kekalahan dalam aksi pembukaan Ligue 1 kepada Saint-Etienne dan bakal berdepan aksi play-off Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Napoli.
Sneijder perlu segera menandatangani kontrak jika mahu terlibat dengan pertembungan berdepan anak buah Maurizio Sarri itu pada 16 Ogos.