Skip to main content

Bola Sepak

Skuad wanita Blackburn Rovers resah tidak mohon 'Lesen Kebangsaan'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

blackburn-wanita.jpg
Blackburn Rovers meletakkan skuad wanita dalam keresahan berikutan ura-ura kelab itu berkemungkinan besar tidak cukup dana untuk memenuhi permohonan lesen bagi mengharungi saingan Liga Super Wanita 2 musim depan. 

Walaupun belum ada pengumuman rasmi oleh kelab tetapi pertahanan, Niamh Murphy, mendedahkan di X bahawa pemain-pemain telah diberi amaran bahawa kelab sebenarnya sudah 99 peratus memuktamadkan keputusan mereka. 

Beberapa sumber telah memberitahu Guardian bahawa kelab itu telah diberi tarikh akhir -- iaitu pada minggu depan bagi mengesahkan sama ada mereka mahu mengambil bahagian atau tidak, atau berdepan penurunan divisyen. 

Situasi itu difahamkan menyebabkan barisan pemain dan kakitangan kelab berkenaan cemas dan tidak berdaya sementara menunggu keputusan rasmi.

Advertisement

Must Watch Video