Skip to main content

Bola Sepak

SIPMA: MASUM ubati kekecewaan edisi lalu, rangkul juara tundukkan IPTS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

masum.jpg
Pasukan bola sepak Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang bangkit menebus kekecewaan meraih pingat perak dalam Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) edisi sebelum ini, berjaya menundukkan skuad Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam perlawanan akhir.

Aksi seimbang sejak minit pertama -- bagaimanapun MASUM berjaya mendapatkan jaringan pembukaan selepas gol sendiri daripada pemain Majlis Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (MASISWA)!

Duka lebih terasa buat MASISWA apabila MASUM terus menambah dua lagi jaringan di babak kedua, selain terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas penjaga gol utama mereka dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan keras di dalam kotak penalti.

 

Walaupun kekurangan seorang tonggak, kelekaan pertahanan MASUM membuka peluang buat MASISWA mendapatkan jaringan sagu hati pada minit-minit akhir permainan, dan keputusan 3-1 kekal sehingga ke tiupan wisel penamat.

"Alhamdulillah untuk emas kali ini.

"Sudah pasti semua berpuas hati dengan gaya permainan sebab berjaya menjaringkan tiga gol.

"Puas hati sebab memenangi semua perlawanan daripada peringkat kumpulan," kata pemain, Zikry Mohd Hafis. 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video