SEVILLA 2 ATLETICO 1
Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone, mengakui pasukannya berada dalam tempoh sukar tetapi bertanggungjawab sepenuhnya selepas kekalahan 1-2 kepada Sevilla, awal pagi tadi.
Juara bertahan itu tumbang buat kali ketiga berturut-turut dalam LaLiga untuk menguasai tangga kelima dan 13 mata di belakang pendahulu, Real Madrid.
Tandukan Felipe pada minit ke-33 menyamakan kedudukan selepas Ivan Rakitic meledak gol pembukaan permainan buat Sevilla pada minit ketujuh.
Lucas Ocampos memastikan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-88, sekali gus menghadiahkan Atleti satu lagi tamparan hebat.
“Kami sedang melalui detik sukar dan keputusan tidak memihak kami,” kata pengurus itu kepada pemberita.
"Tetapi saya mempunyai ilusi yang sama seperti selalu. Kami perlu bekerja keras, memulihkan pemain daripada kecederaan dan mempunyai keyakinan bahawa kami mampu kembali ke landasan tepat.
"Kami perlu berusaha untuk mencari kekuatan jadi perkara akan berjalan secara semula jadi untuk kami. Tetapi saya bertanggungjawab dan sudah pasti kami akan mengambil pengajaran ini untuk bergerak ke depan."
Atletico kehilangan khidmat Antoine Griezmann, Jose Maria Gimenez, Stefan Savic dan Sime Vrsaljko dalam pertembungan getir itu akibat kecederaan.