Diego Simeone menegaskan fokusnya hanya terarah kepada perlawanan masa akan datang yang membabitkan Atletico Madrid kerana dia tidak dapat mengawal apa yang berlaku dalam jendela perpindahan bulan ini.
Tonggak utama, Lucas Hernandez dan Diego Godin, dikaitkan akan meninggalkan Wanda Metropolitano sementara penyerang Chelsea, Alvaro Morata, antara yang disebut-sebut sebagai sasaran kemungkinan buat Atletico.
Menjelang pertembungan kedua Copa del Rey dengan Girona, Simeone menjelaskan bahawa dia hanya menumpukan perhatian terhadap masalah di atas padang.
"Saya memberi tumpuan kepada latihan, perlawanan demi perlawanan, hari demi hari," kata pengurus Atletico itu.
"Saya memberi fokus kepada pemain yang boleh melukakan Girona. Perkara selebihnya tetap akan berlaku, tidak kira berapa banyak anda melakukan analisis, fikirkan dan idamkan. Apa yang akan berlaku akan tetap berlaku. Itulah realitinya."
Simeone enggan mengulas laporan yang mengaitkan Atletico dengan Morata tetapi menekankan kepentingan kehadiran pertahanan tengah, Godin, yang kaya dengan pengalaman.
"Kepentingan Godin untuk kami adalah jelas," tambah Simeone.
"Saya berharap dia akan terus mengekalkan persembahannya sepertimana yang dipamerkan dalam tiga perlawanan terdahulu."